00:00Perlepasan cukai individu wajar dinilai semula agar lebih selari dengan perubahan gaji minimum dan peningkatan kos sehari hidup semasa.
00:08Pempengaruh kewangan dan penulis buku kewangan Azraya Muhammad berkata kemampuan rakyat untuk berjimat mempunyai had, terutama bagi mereka yang sudah
00:17mengurus perbelanjaan, aliran tunai dan komitmen bulanan dengan baik.
00:25Sepanjang 10 ke 12 tahun lepas, antara perkara yang tak pernah berubah dalam perbelanjaan kita, dalam polisi belanjawan, adalah had
00:36pengecualian cukai individu.
00:38Dari dulu sampai sekarang, masih lagi kekal pada tangga RM9,000.
00:43Maknanya dulu masa gaji minimum sekitar RM700 ke RM800, setahun gaji bersama dengan RM9,000, itulah pengecualian cukai individu.
00:51Maknanya pelepasan cukai, kita setiap individu, ada porsyen lebih kurang dalam RM9,000 setahun dari gaji kita untuk kita belanjakan.
00:59Tapi selepas 10 tahun, gaji minimum dah naik sampai ke RM1,700 setiap bulan.
01:05Kita masih lagi kekal dengan belanja peribadi RM7,500. Ini tak logik.
01:10Jadi sepatutnya ini contoh macam mana dengan perubahan polisi dalam pementangan belanjawan.
01:16Azraya berpandangan kerajaan boleh mempertimbangkan untuk menaikkan pelepasan tersebut supaya lebih hampir dengan paras perbelanjaan asas masa,
01:25termasuk kemungkinan menyedaraskannya dengan nilai setahun gaji minimum.
01:30Menurutnya, langkah itu boleh memberikan lebih banyak ruang kewangan kepada individu tanpa bergantung sepenuhnya kepada kenaikan gaji.
01:37Lebihan tersebut bukan sahaja boleh membantu perbelanjaan harian, malah berpotensi menyokong simpanan kecemasan serta meningkatkan perbelanjaan dalam ekonomi tempatan.
01:47Beliau menegaskan bahawa pengurusan kewangan peribadi tetap penting, namun dasar fiska juga perlu bergerak seiring dengan perubahan kos kehidupan.
01:55Terima kasih kerana menonton!
Comments