Skip to playerSkip to main content
  • 15 minutes ago
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menasihatkan rakyat supaya mengutamakan kesihatan serta mengamalkan pemakaian pelitup muka susulan keadaan jerebu yang menyebabkan kualiti udara tidak sihat di beberapa kawasan negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Semua rakyat diseru agar sentiasa menjaga kesihatan dan mengamalkan pemakaian pelitup muka susulan keadaan jerobu yang melanda negara.
00:08Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Pemaisuri Agong, Raja Zarid Sofia bertitah keadaan kualiti udara yang merosot boleh
00:16memberi kesan kepada kesihatan rakyat.
00:18Menerusi hantaran di Facebook, baginda berdua bertitah langkah pencegahan itu penting bagi mengurangkan risiko kesihatan akibat kualiti udara yang tidak
00:27sihat.
00:27Pencemaran udara berisiko menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, terutamanya yang melibatkan sistem pernafasan.
00:34Rakyat khususnya warga emas, kanak-kanak dan individu yang mempunyai masalah pernafasan disarankan mengambil langkah berjaga-jaga.
00:43Nasihat yang sama turut ditujukan kepada mereka yang bekerja di luar dan terdedah kepada keadaan udara yang tercemar.
00:49Baginda berdua juga menasihkan orang ramai mengurangkan aktiviti luar serta minum air yang mencukupi.
00:58Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended