Skip to playerSkip to main content
Mayat dipercayai pemancing hilang ditemukan memakai jaket keselamatan, diikat pada tong

Mayat dipercayai salah seorang daripada tiga pemancing yang masih hilang dalam insiden bot terbalik ditemukan di perairan Perak pada Rabu iaitu hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohd Rahimi Zainol berkata, mayat berkenaan ditemukan kira-kira jam 7.30 pagi oleh sebuah bot nelayan di kawasan Hutan Melintang, Perak.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796570/berita/semasa/mayat-dipercayai-pemancing-hilang-ditemukan-memakai-jaket-keselamatan-diikat-pada-tong

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Botterbalik #lemas

Category

🗞
News
Transcript
00:00Mayat dipercayai salah seorang daripada tiga pemancing yang masih hilang dalam insiden bot terbalik ditemukan di perairan Perah pada Rabu,
00:08iaitu hari ketiga operasi mencari dan menyelamat dijalankan.
00:12Timbalan Ketua Polis Daerah Kelang Utara, Superintenden Muhammad Rahimi Zainul berkata,
00:17mayat berkenaan ditemukan kira-kira jam 7.30 pagi oleh sebuah bot nelayan di kawasan hutan melintang Perah.
00:24Menurutnya, lelaki berkenaan ditemukan dalam keadaan memakai jaket keselamatan dan diikat pada sebuah tong.
00:31Setakat ini, keseluruhan mangsa yang telah ditemui ialah empat orang masih selamat dan seorang telah meninggal dunia.
00:38Proses pengecaman sedang dilakukan dan mangsa dalam perjalanan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
00:44Terdahulu, media melaporkan empat mangsa yang ditemukan selamat dikenalpasti sebagai
00:49Muhammad Syairazi Abdul Aziz, 43 tahun, Muhammad Rizal Muhammad Sadali, 45 tahun,
00:55Mohad Hamizar Punirain, 45 tahun dan Tekong Bot Zulfikal 9 Awang, 47 tahun.
01:02Bagaimanapun, tiga lagi mangsa masih belum ditemui iaitu Muhammad Rizwan Ruhaizat, 37 tahun,
01:08Muhammad Syaril Abdul Rahman, 43 tahun dan Raja Muhammad Rozi Raja Muhammad, 49 tahun.
01:19Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended