Skip to playerSkip to main content
  • 5 weeks ago
Sempena sambutan Hari Malaysia, Keretapi Sarong 2026 bukan sahaja menjadi platform meraikan warisan budaya negara, malah membuka ruang kepada rakyat pelbagai kaum dan etnik untuk memperagakan busana tradisional masing-masing.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sempena Sambutan Hari Malaysia, Kereta Api Sarung 2026 bukan sahaja menjadi platform meraihkan warisan budaya negara,
00:07malah membuka ruang kepada rakyat pelbagai kaum dan etnik untuk memperagakan busana tradisional masing-masing.
00:14Bertemakan etnik, rakyat Malaysia mengambil peluang menampilkan pakaian warisan yang mencerminkan identiti
00:21serta keunikan budaya Malaysia.
00:24Ikuti laporan yang disediakan wartawan Syafiqah Azami.
00:29Rasa sayang, rasa sayang, sayang, macam itulah rasa sayang rakyat Malaysia kepada keperbagaian uniknya Malaysia ini
00:39dan hari ini mari kita lihat bagaimana mereka memperagakan busana tradisional di negara ini walaupun berbilang kaum.
00:48Jom ikuti tinjauan saya pada hari ini.
00:53Betul, saya tak rasa pernah ada kebatasan untuk pakai pakaian kaum orang lain sebab kat sini
01:01semua kita boleh nampak Melayu pakai Cina, Indian pakai Melayu, jadi saya tak rasa ada kebatasan antara kaum kat Malaysia.
01:09Paling saya banggakan jadi rakyat Malaysia is bonding antara kaum-kaum lah.
01:14Saya boleh nampak terutamanya dalam program ini, dalam kereta api sarung ini saya boleh nampak bonding semua orang,
01:20kaum-kaum Melayu daripada FTA-FTA Sabahan, Sarawak semua berkumpul untuk meraihkan bersama Hari Malaysia.
01:28Kenapa saya memilih untuk memakai baju ini pada hari ini?
01:31Actually hari ini adalah Hari Malaysia.
01:33Kita bukan sangat kita nak celebrate kaum, kita pun boleh celebrate kita punya negeri, punya etnik untuk setiap negeri.
01:42So kita boleh celebrate dengan memakai pakaian setiap negeri.
01:46Setiap tahun saya cuba untuk menonjurkan kaum-kaum minoriti di dalam Malaysia.
01:53Contohnya hari ini saya pakai dari komuniti Siam Malaysia.
01:56Keunikan dia kepada dia punya headgear.
01:59Headgear dia dengan headgear Thai sangat lain dan saya cuba menunjukkan bahawasanya kita pun ada bangsa Siam yang sangat unik
02:07dengan budayanya.
02:08Pada pandangan saya, generasi muda masih cuba untuk mengkalkan tradisi peninggalan nenek moyang kita sebelum ini
02:17dan mereka cuba untuk memperkayakan lagi tradisi kita.
02:22Inilah keunikan satu Malaysia di mana anda melihat kepelbagaian tidak kira kaum dan agama memakai pakaian tidak kira bangsa dan
02:33juga agama.
02:34Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia dan kita berjumpa lagi pada tahun hadapan.
02:40Syafiqah Azami untuk Astro Wadi.
02:43Terima kasih kerana menonton!

Recommended