00:00Polis percaya berjaya menumpaskan geng Matto yang aktif melakukan jenayah pecah rumah di sekitar daerah ini sejak April lalu dengan
00:09penahanan empat lelaki awal bulan ini.
00:12Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanian Ramlan berkata kesemua suspek berusia 28 hingga 40 tahun itu ditahan menerusi Ops
00:20Pintu atau Ops Lejang pada 9 September di sekitar daerah Sungai Petani.
00:27Beliau pada Khamis berkata kumpulan Matto diketuai lelaki berusia 31 tahun bersama-sama dua rakan sejenayah selain dua lagi suspek
00:37yang masih bebas dikenali sebagai Nizam dan Jad Chai.
00:41Ujar beliau modus operandi mereka ialah menumpukan rumah tidak berpenghuni dan melarikan barang berharga termasuk kenderaan seperti motosikal yang mempunyai
00:51nilai tinggi.
00:52Susulan penahanan mereka, polis percaya sekurang-kurangnya sembilan kes pecah rumah di sekitar kawasan Taman Delima dan Taman Arkit dapat
01:01diselesaikan.
01:02Tambahan yang dalam serbuan itu polis merampas satu set drone, sebuah motosikal, kamera dan mesin basuh, tiga jam tangan serta
01:11barangan lain dengan jumlah keseluruhan dianggarkan bernilai RM30,000.
01:16Kesemua suspek yang memiliki rekod berkaitan dadah dan jenayah serta positif terhadap dadah kini direman hingga ahad untuk siasatan mengikut
01:26Seksyen 457-379A Kanun Kesiksaan.
Comments