00:02Bertemu kembali dan ini berita yang baru saja kami terima di mana yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memberikan
00:09pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan membenarkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di
00:17rumah sehingga 23 Ogos 2028.
00:19Bagaimanapun pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada pembayaran denda sebanyak RM50 juta.
00:25Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat lembaga pengampunan bagi wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang
00:34diadakan pada Jumaat.
00:36Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang BHEUU Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan Najib turut diwajibkan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan
00:44sepanjang menjalani tahanan di rumah.
00:46Sekiranya beliau tidak mematuhi mana-mana syarat-syarat tersebut, maka pengampunan bersyarat ini adalah terbatal dan hendaklah secara serta-merta
00:55meneruskan baki hukuman di penjara menurut kenyataan itu.
00:59Keputusan itu menyusul selepas permohonan pengampunan Najib ditangguhkan dalam mesyuarat lembaga pengampunan kali ke-63 pada 11 September lalu.
01:07Dalam mesyuarat berkenaan, Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri itu ditangguhkan untuk dipertimbangkan pada mesyuarat lembaga pengampunan
01:17seterusnya.
01:18Sebelum ini, lembaga pengampunan pada 29 Januari 2024 memutuskan untuk mengurangkan hukuman penjara Najib dalam kes SRC International daripada 12
01:27tahun kepada 6 tahun,
01:29manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
01:34Najib mula menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sambitan dan hukuman terhadapnya dalam kes penyelewengan
01:44dana RM42 juta milik SRC International.
Comments