Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Majlis Presiden Pakatan Harapan menegaskan prinsip kedaulatan undang-undang mesti terus dipertahankan dan tiada mana-mana individu mengatasi undang-undang susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Majlis Presiden Pakatan Harapan PH menegaskan tiada siapa mengatasi undang-undang dan semua pihak perlu menghormati prinsip kedaulatan undang-undang.
00:10Pendirian itu dinyatakan susulan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berhubung pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
00:21Menerusi kenyataan, majlis itu menjelaskan prinsip kedaulatan undang-undang perlu terus dipertahankan tanpa mengira kedudukan, pangkat atau status seseorang individu.
00:32Kenyataan itu turut menegaskan sesiapa sahaja yang didapati bersalah perlu menjalani hukuman mengikut lunas undang-undang seperti yang termaktub dalam
00:42Perlembagaan Persekutuan.
00:43Pada masa sama, gabungan itu menyatakan komitmen untuk meneruskan agenda reformasi institusi dan memperhebat usaha membanteras rasuah serta penyelewengan.
00:54Majlis itu menambah usaha membersihkan negara daripada unsur rasuah akan terus menjadi keutamaan gabungan itu.
01:02Kenyataan berkenaan dikeluarkan susulan keputusan mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64.
01:12Menerusi keputusan itu, Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib.
01:19Terdahulu, mesyuarat Majlis Presiden PH yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung lebih satu jam di bangunan Perdana
01:27Putera.
01:28Terima kasih.
01:29Terima kasih.
01:30Terima kasih.
01:31Terima kasih.
Comments

Recommended