Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Pembelian paling tinggi oleh kumpulan itu dicatatkan pada Jumaat iaitu RM56.5 juta, diikuti Isnin (RM50.6 juta) dan Khamis (RM37.3 juta). Hanya Selasa mencatatkan aliran keluar sebanyak RM17.5 juta, manakala Rabu tidak menyaksikan sebarang dagangan berikutan cuti sambutan Hari Malaysia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pelabur Rasing kembali menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia minggu lalu, mencapai aliran masuk kumulatif sebanyak RM127 juta.
00:09Menurut firma penyelidikan MBSB Research, ini selepas kumpulan tersebut menjadi penjual bersih selama enam minggu.
00:19MBSB Research berkata pembelian paling tinggi oleh kumpulan itu dicatatkan pada Jumaat iaitu RM56.5 juta, diikuti Isnin RM50.6
00:30juta dan Kamis RM37.3 juta.
00:33Hanya selasa mencatatkan aliran keluar sebanyak RM17.5 juta, manakala Rabu tidak menyaksikan sebarang dagangan berikutan cuti sambutan Hari Malaysia.
00:44Tiga sektor utama dengan jumlah aliran masuk bersih asing tertinggi adalah perladangan RM131.1 juta, utiliti RM84.5 juta serta
00:56penjagaan kesihatan RM84 juta.
00:59Manakala tiga sektor yang mengalami aliran keluar bersih asing tertinggi ialah perkhidmatan kewangan RM309.7 juta, perkhidmatan dan produk industri
01:09RM125.2 juta serta hartanah RM4.8 juta.
01:15Sementara itu, institusi tempatan masih meneruskan aliran keluar bersih dengan menjadi penjual sebanyak RM368 juta, iaitu untuk minggu kedua berturut
01:26-turut.
01:27Manakala Pelabur Uncik Tempatan kekal sebagai pembeli bersih bagi minggu keempat dengan mencatatkan jumlah aliran masuk sebanyak RM241 juta.
01:37Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended