Skip to playerSkip to main content
  • 15 minutes ago
Seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun ditahan selepas disyaki mencampak seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ke dalam sungai hingga maut di Kampung Padang Tanjung Sedili di Kota Tinggi pada Isnin.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun ditahan selepas disyaki mencampak seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun ke dalam sungai
00:09hingga maut di kampung Padang, Tanjung Sedili di Kota Tinggi pada Isnin.
00:14Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata suspek ditahan selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam
00:229.30 pagi.
00:25Beliau berkata suspek dipercayai mencampakkan mangsa ke dalam sungai sebelum mengamuk dengan bersenjatakan parang dan mengejar seorang lelaki berusia 40
00:34tahun.
00:35Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Balai Polis Kuala Sedili pergi ke lokasi kejadian dan menahan suspek.
00:42Ketika tangkapan dilakukan, berlaku pergelutan yang menyebabkan seorang anggota polis cedera.
00:47Yusof berkata pembantu pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan kematian kanak-kanak terbabit.
00:55Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi sebelum dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pasir Gudang untuk berdasiasat pada Selasa.
01:03Punca kejadian masih dalam sisatan dan suspek juga dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental.
01:09Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
Comments

Recommended