00:00Wakil Tunggal Barisan Nasional dalam Kerajaan Pulau Pinang Rashidi Zino menggesa kerjasama dengan Pakatan Harapan diteruskan sambil menyifatkan kerjasama mereka
00:10sebagai membina dan memberi manfaat kepada negeri.
00:14Rashidi yang juga pengerusi jawatankuasa pembangunan luar bandar, agroteknologi, keterjaminan makanan dan keusahawanan negeri, berkata sepanjang 3 tahun dalam EXCO,
00:23beliau tidak menghadapi masalah bekerjasama dengan PKR dan DAP.
00:27Kerana hubungan itu berasaskan sikap saling menghormati, persefahaman dan kepentingan rakyat.
00:33Adun Sungai Aceh itu menyifatkan kerjasama PHBN yang terbentuk selepas PRN 2023 di Pulau Pinang sebagai satu bentuk persefahaman politik
00:43yang wajar dihargai dan diperkukuh.
00:45Kenyataan Rashidi itu susulan gesaan penasihat DAP Lim Guan Eng supaya UMNO disingkirkan daripada Kerajaan Pulau Pinang selepas BN bekerjasama
00:54dengan Perikatan Nasional di Negeri Sembilan.
00:57Bagaimanapun Ketua Menteri Chao Konya pula berkata, kepimpinan PH belum menerima arahan pusat.
01:03Rashidi turut menyokong kerajaan perpaduan dikekalkan sehingga tamat penggal bagi memastikan kestabilan politik, kesinambungan dasar serta tumpuan terhadap pembangunan dan
01:13kesejahteraan rakyat.
01:15Fadi Pana Serudin, FMT
Comments