Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Jabatan Peguam Negara menegaskan MMKN tiada kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung Setiausaha Kerajaan Negeri serta Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan kerana bidang kuasa itu termaktub di bawah SPA dan SPKP mengikut UUTKNS 1959.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri MMKN Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung tugas setiusaha Kerajaan Negeri
00:10SUK maupun penasihat undang-undang negeri terbabit.
00:14Jabatan Peguam Negara EGC dalam satu kenyataan pada selasa berpandangan perkara itu tertakluk secara khusus di bawah bidang kuasa Suruhanjaya
00:23Perkhidmatan Awam serta Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan seperti termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
00:34Dalam kenyataan tersebut EGC turut menjelaskan sebarang pelantikan penasihat undang-undang negeri yang baharu wajib mematuhi peruntukan sama iaitu dilantik
00:43oleh SPKP daripada kalangan anggota perkhidmatan itu sendiri.
00:48Kenyataan itu menyusul selepas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim mengumumkan ketetapan mesyuarat khas MMKN menggantung tugas SUK Datuk
00:58Muhammad Zafi Ibrahim dan penasihat undang-undang negeri Datuk Muzalmah Mustafa Kamal serta merta.
Comments

Recommended