00:00Risiko kebakaran hutan dan tanah dijangka berterusan di beberapa kawasan di Indonesia hingga awal Oktober.
00:07Fenomena El Niño yang sangat kuat diramalkan akan memanjangkan keadaan kering dan menyebabkan jumlah hujan kekal rendah di sebahagian besar
00:17negara itu.
00:20Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik BMKG memaklumkan keadaan atmosfera yang agak kering masih ketara khususnya di beberapa kawasan di Sumatera
00:31dan Kalimantan.
00:32Setakat 21 September, Kalimantan Tengah merekodkan 5,283 titik panas diikuti Sumatera Selatan 1,485 dan Kalimantan Barat 1,357,
00:45manakala ratusan lagi dikesan di Kalimantan Selatan dan Kalimantan Timur.
00:51BMKG berkata jumlah hujan di kebanyakan kawasan di Indonesia kekal pada tahap rendah hingga sederhana dari akhir September hingga awal
00:59Oktober.
00:59Menurut BMKG, lebih 60% kawasan daratan Indonesia dijangka mengalami permulaan musim hujan yang lebih lewat berbanding purata jangka panjang
01:09bagi wilayah masing-masing dengan banyak kawasan memasuki musim hujan pada November atau Disember.
01:15Agensi itu turut menggesa pihak berkuasa supaya menambah baik sistem saliran dan meningkatkan kesiapsiagaan pemindahan bagi menghadapi banjir serta tanah
01:24runtuh pada permulaan dan kemuncak musim hujan.
Comments