Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Persediaan awal penting bagi memastikan calon SPM tidak berdepan kesukaran untuk menduduki peperiksaan jika kawasan tempat tinggal atau sekolah mereka dilanda banjir.

Tahun sebelum ini, JPN Kelantan menempatkan calon lebih awal di sekolah yang kurang berisiko, antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Falahiah dan SMKA Lati.

Langkah sama akan dilaksanakan tahun ini jika perlu, khususnya bagi calon yang tinggal atau bersekolah di kawasan berisiko bagi mengelakkan mereka terkandas akibat jalan terputus atau dinaiki air.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jawatan Pendidikan Negeri JPN Kelantan siap-siaga mengambil langkah awal termasuk menempatkan calon sijil pelajaran Malaysia SPM di sekolah kurang
00:08berisiko sekiranya banjir berlaku lebih awal tahun ini.
00:12Pengarah JPN Kelantan Siti Norina Muhammad berkata kemungkinan bencana berlaku lebih awal perlu diambil kira susulan keadaan cuaca tidak menentu
00:20termasuk kejadian banjir kilat di Gua Musang baru-baru ini.
00:25Menurut Siti Norina, persediaan awal penting bagi memastikan calon SPM tidak berdepan kesukaran untuk menduduki peperiksaan sekiranya kawasan tempat tinggal
00:34atas sekolah mereka dilanda banjir.
00:36Pada tahun sebelum ini, JPN Kelantan menempatkan calon lebih awal di sekolah yang kurang berisiko antaranya sekolah menengah kebangsaan agama
00:44SMKA Falahiyah dan SMKA Latih.
00:47Langkah sama akan dilaksanakan tahun ini sekiranya perlu, khususnya bagi calon yang tinggal atau bersekolah di kawasan berisiko bagi mengelakkan
00:55mereka terkandas akibat jalan terputus atau dinaiki air.
01:00Siti Norina berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Perak dan Gangsa Peringkat Negeri Kelantan
01:082026 di Dewan Wawasan Kompleks Belia dan Suka Negeri Kelantan Kota Baru pada Rabu.
01:14Menurutnya, JPN Kelantan juga sudah mengadakan mesyuarat berkaitan pengurusan bencana dan berada dalam keadaan bersedia untuk mengambil tindakan pada bila
01:23-bila masa mengikut situasi semasa.
01:26Dalam perkembangan berasingan, beliau berkata JPN Kelantan turut memberi perhatian serius terhadap isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar selain meneruskan
01:35kerjasama dengan polis di Raja Malaysia PDRM bagi membanteras kejali itu.
01:40Kerjasama itu termasuk mengenal pasti pelajar yang menunjukkan tanda awal penyalahgunaan bahan terlarang terutama mengambil kira kedudukan Kelantan sebagai negeri
01:49bersempadan.

Recommended