Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
ASEAN GeoAI Fusion 2026 menghimpunkan lebih 1,100 peserta dari 11 negara ASEAN bagi memperkasa bakat dan inovasi dalam bidang kecerdasan buatan serta teknologi geospatial, dengan 17 pasukan finalis dari lapan negara menghasilkan prototaip bagi menangani cabaran sebenar seperti liputan rangkaian, ketahanan bencana, keselamatan siber dan kelestarian infrastruktur.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lebih 1,100 peserta dari 11 negara anggota ASEAN menyertai ASEAN GeoAI Fusion 2026, platform pembangunan bakat dan inovasi dalam
00:11bidang kecerdasan, buatan serta teknologi geospatial.
00:15Program yang diterajui seruhan jaya komunikasi dan multimedia Malaysia MCMC bersama ASEAN itu, turun menyaksikan 17 pasukan dari 8 negara
00:24berentap dalam hackathon fizikal.
00:28Asian GeoAI Fusion 2026 memuncak dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah selepas 4 hari hackathon fizikal yang menghimpunkan 17 pasukan
00:39finalis dari 8 negara ASEAN.
00:41Menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Tio Ni Ching, program membuktikan ASEAN mempunyai bakat, kreativiti dan keupayaan teknologi untuk membentuk masa depan
00:51digitalnya sendiri.
00:52Beliau berkata, Kementerian Komunikasi dan MCMC akan terus memperkasa bakat teknologi strategik memperluas penggunaan AI secara bertanggungjawab serta memperkukuh kerjasama
01:03digital serantau.
01:05Program yang dilaksanakan secara hybrid itu menghimpunkan 1,112 peserta melebihi 3 kali ganda sasaran asal 300 peserta.
01:14Sebanyak 138 pasukan mendaftar bagi laluan hackathon sebelum 17 pasukan terpilih untuk menghasilkan prototip GeoAI bagi menangani cabaran sebenar termasuk
01:26bencana, ketersambungan, keselamatan saiber dan kelestarian infrastruktur.
01:32Grabber dari Malaysia dinobatkan Johan diikuti Starlink di tempat kedua dan Snack Overflow di tempat ketiga yang kedua-duanya juga
01:41dari Malaysia.
01:42Tim GeoVisioneris dari Myanmar dan Candila dari Brunei menerima hadiah sagu hati manakala enam anugerah khas ASEAN turut diberikan kepada
01:51Grabber, AI Slope Final Boss, Agos, Lopedic, Starlink dan Lauren Upsom.
01:58Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended