00:00Polis Diraja Malaysia, PDRM khususnya kontijen Negeri Sembilan terus mengutamakan keselamatan dan ketenteraan awam susulan perkembangan semasa di negeri berkenaan.
00:10Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Al-Zafni Ahmad berkata, PDRM mengambil maklum kenyataan Jabatan Peguam Negara berhubung proklamasi bertarik 19
00:18April lepas
00:19dan menghormati proses perlembagaan dan perundangan yang sedang berjalan tanpa membuat sebarang penentuan di luar bidang kuasanya.
00:28Katanya PDRM telah melaksanakan pengurusan akses ke Pejabat Wisma Negeri terhadap bekas barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan AMMK Negeri Sembilan
00:37sejurus pengumuman pembatalan pelantikan yang dibuat oleh pihak Istana Negeri Sembilan.
00:43Tindakan berkenaan bagi memastikan aspek keselamatan, ketenteraan awam dan kelancaran urusan di premis tersebut terus terpelihara.
00:51Beliau juga berkata penempatan polis di beberapa lokasi termasuk Galeri Diraja Tuan Ku Jafar, Balai Undang Luar Sungai Ujung, Nawisma
00:59Negeri pada Rabu lalu bertujuan memelihara keselamatan awam.
01:04Al-Zafni berkata sebarang kawalan akses di lokasi berkaitan dilaksanakan secara terkawal berdasarkan penilaian keselamatan semasa dan keperluan pengurusan premis
01:14selain bagi mengelakkan sebarang keadaan yang boleh mencetuskan ketegangan atau menjejaskan ketenteraan awam.
01:21Beliau berkata tindakan itu tidak seharusnya ditafsirkan sebagai PDRM memihak atau memberikan pengiktirafan kepada mana-mana pihak
01:28dalam perkara yang sedang melalui proses perlembagaan dan perundangan.
01:33Jelasnya sebagai agensi yang bertanggungjawab memelihara keamanan dan menguatkuasakan undang-undang,
01:38PDRM akan terus melaksanakan tugas secara profesional, adil dan berlandaskan undang-undang tanpa memihak kepada mana-mana pihak.
01:47Beliau berkata PDRM tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang,
01:53mencetuskan provokasi, mengganggu ketenteraan awam atau mengancam keselamatan mana-mana individu dan institusi.