Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kimia dalam proses melengkapkan sampel asid deksiribonukleik (DNA) bagi proses pengecaman rakyat Malaysia yang hilang dalam tragedi banjir lumpur di Nepal.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kimia dalam proses melengkapkan sampel DNA bagi proses pengecaman rakyat Malaysia yang hilang dalam tragedi
00:10banjir lumpur di Nepal.
00:11Juru cakap Malaysia Solidarity Families in Hope Masfih, Dr. Manivanen Retinum, memaklumkan PDRM setakat ini mengambil 98 sampel DNA yang
00:23kini diproses Jabatan Kimia dalam tempoh sepantas 24 jam berbanding tempoh biasa 3 bulan.
00:32Bagaimanapun, waris menzahirkan keraguan terhadap jumlah sampel tersebut kerana ia melibatkan 55 rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang dalam tragedi berkenaan.
00:42PDRM turut menghantar 3 sampel DNA ke China selepas rekod imigresi menunjukkan 3 rakyat Malaysia di Kesan berada berhampiran kawasan
00:50sepadan Tibet.
00:51Sementara itu, pasukan mencari dan menyelamat khusus Malaysia terus menjalankan operasi di kawasan yang ditetapkan pihak berkuasa Nepal.
01:00Komander Smart, penguasa kanan bomba 1 Abdul Manaf Chee Isa berkata, peluang menemui mangsa yang masih hidup adalah sangat tipis
01:08kecuali jika mereka berada di perkampungan terpencil.
01:12Kerajaan Nepal menjangkakan proses padanan DNA di negara itu mengambil masa sehingga 2 bulan selain merancang untuk beralih daripada fasa
01:20cari dan menyelamat kepada pembangunan semula.

Recommended