Skip to playerSkip to main content
  • 11 minutes ago
Di sebalik ketegasan seorang negarawan yang pernah menerajui negara selama puluhan tahun, terserlah sisi seorang suami yang sedang menanggung kehilangan paling besar dalam hidupnya. Demikianlah perasaan yang tersirat pada wajah Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang mengiringi jenazah isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Di sebalik ketegasan seorang negarawan yang pernah menerajui negara selama puluhan tahun, terselah sisi seorang suami yang sedang menanggung kehilangan
00:10paling besar dalam hidupnya.
00:12Dan demikianlah perasaan yang tersirat pada wajah Tuan Dr. Madir Muhammad sepanjang mengiringi jenazah isterinya.
00:18Al-Hahm Tuan Dr. Siti Hasmah Muhammad Ali di Masjid Assyarif, Taman Sungai Besi Idah di Isteri Kemangan.
00:41Bekas Perdana Menteri berusia 101 tahun itu dilihat lebih banyak berdiam diri sambil berada di sisi jenazah Allahyarham.
00:50Sesekali menundukkan pandangan dan memberikan rendungan panjang terhadap insan yang menemaninya sepanjang hampir tujuh dekad kehidupan bersama.
01:02Di perkarangan masjid, suasana hibah turut jelas kelihatan pada ahli keluarga, sahabat serta orang ramai yang hadir memberikan penghormatan terakhir
01:12kepada Allahyarham yang menikah dunia di Institut Jantung Negara IGN pada usia 100 tahun.
01:20Bagi ramai yang berada di lokasi, detikton Dr. Mahathir menemani jenazah isterinya menjadi gambaran paling jelas tentang sesebuah hubungan yang
01:33telah merentasi usia, cabaran politik, pengorbanan keluarga dan perjalanan panjang membina negara.
01:44Dr. Siti Asmah dan Dr. Mahathir mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan tujuh orang anak.
01:55Pemergian Allahyarham berlaku hanya beberapa minggu selepas pasangan itu meraihkan ulang tahun perkahwinan ke-70 pada Ogos lalu.
02:08Selain isteri kepada Dr. Mahathir, Allahyarham Dr. Siti Asmah dikenali sebagai tokoh perubatan yang disegani dan antara wanita Melayu terawal
02:18dalam bidang perubatan di negara ini.
02:21Beliau juga pernah mencipta sejarah sebagai wanita pertama dilantik sebagai pegawai perubatan di bahagian kesihatan ibu mengandung dan kanak-kanak
02:32pada tahun 1965.
02:36Sepanjang hayatnya, Allahyarham aktif memperjuangkan isu kesihatan awam, kebajikan masyarakat, pendidikan serta kesedaran mengenai bahayanya penyalahgunaan dadah.
02:51Sumbangan besarnya dalam bidang kesihatan dan kemasyarakatan menjadikan beliau antara tokoh wanita paling dihormati di Malaysia.
03:03Ramai rakyat Malaysia yang melihat pasangan Dr. Mahathir dan Dr. Siti Asmah sebagai pasangan pemimpin negara yang penuh dengan kasih
03:13sayang, kesetiaan dan ketabahan merentasi generasi.
03:19Sepanjang tempoh Dr. Mahathir menerajui negara, Allahyarham sentiasa berdiri teguh di sisi suaminya dalam pelbagai fasa perimatan kepada negara.
03:31Dan hari ini, di sisi jenazah wanita yang dicintainya itu, Dr. Mahathir tidak banyak berbicara.
03:43Namun, dalam setiap tatapan dan setiap detik yang dilalui, tergambar sebuah hakikat yang sering sukar diungkapkan bahawa ada perpisahan yang
03:55terlalu berat untuk dilafazkan dan ada cinta yang terus hidup disebalik kehilangan.

Recommended