Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan telah menerima arahan untuk memulangkan kenderaan rasmi milik kerajaan negeri, kata bekas Exco Perindustrian, Teknologi, Inovasi dan Digital Datuk Mohd Asna Amin.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bekas Exko Kerajaan Negeri Sembilan telah menerima arahan untuk memulangkan kenderaan rasmi milik Kerajaan Negeri.
00:06Bekas Exko Perindustrian, Teknologi, Inovasi dan Digital, Dato' Mohd Asna Amin berkata,
00:12beliau menerima surat arahan itu pada Isnin daripada setiausaha Kerajaan Negeri dan mematuhi arahan berkenaan.
00:20Beliau memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan kepada pihak polis Bukit Aman
00:26di Menara Agama Islam Negeri Sembilan di Seremban pada Isnin.
00:30Pembatalan pelantikan 10 Exko Negeri Sembilan berkuatkuasa pada 20 September lalu
00:34diwartakan atas perkenan yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhris, Tuanku Munawir.
00:40Dalam peritu, Mohd Asna berkata beliau dan barisan bekas Exko lain memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa
00:47dalam sesi rakaman keterangan bagi membantu siasatan berhubung kemelut pentadbiran dan institusi diraja di negeri itu.
00:54Katanya sesi rakaman keterangannya berlangsung lebih 30 minit,
00:58manakala bekas Exko lain turut menjalani sesi rakaman percakapan secara berasingan bermula 11 pagi hingga 2 petang.
01:06Selain Mohd Asna, bekas Exko Kerajaan Negeri Lain terdiri daripada
01:11Datuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Mustafa Nagur, Datuk Zaiful Bahri Idris,
01:16Siau Kong Chun, Siti Nur Umairah Hasim, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, Suhaimizan Biza,
01:22Datuk Razali Abu Samah dan Mohd Fairus Mohd Isa.
01:26Terima kasih telah menonton!

Recommended