Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Penerbangan Delta dari Barcelona ke Boston terpaksa dilencongkan ke Porto selepas asap dilaporkan memenuhi kabin, menyebabkan tiga penumpang dibawa ke hospital.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik sedikit laporan antarabangsa, sebuah pesawat Delta Airlines dalam penerbangan dari Barcelona ke Boston mendarat cemas di Porto, Portugal pada
00:09Ahad selepas asap dilaporkan memenuhi kabin pesawat dan penerbangan DL251 dilancongkan ke lapangan terbang Francisco Sacarnero, susulan masalah mekanikal yang
00:20dilaporkan sebelum pesawat berkenaan berjaya mendarat dengan selamat.
00:23Menurut data perkhidmatan penjejakan penerbangan Flight Radar 24, pesawat Airbus A330 itu berlepas dari Barcelona pada jam 3.15 petang
00:34waktu tempatan dan mendarat di Porto kira-kira jam 5.45 petang.
00:39Pihak berkuasa kecemasan dan pelindungan awam Portugal memaklumkan pendaratan kecemasan itu dilakukan susulan laporan mengenai asap di dalam kabin.
00:488 penumpang menerima rawatan di kawasan landasan lapangan terbang Francisco Sacarnero selepas pesawat mendarat.
00:553 lagi penumpang dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
01:00Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai tahap kecederaan penumpang atau punca sebenar asap di dalam kabin dilaporkan.

Recommended