Skip to playerSkip to main content
  • 16 minutes ago
Pakatan Harapan Melaka dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengadakan pertemuan malam tadi, dipercayai bagi membincangkan perkembangan kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali, Pakatan Harapan Melaka dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengadakan pertemuan malam tadi dipercayai bagi membincangkan perkembangan kerjasama politik
00:10menjelang pilihan raya negeri Melaka.
00:12Pertemuan melangsung di sebuah hotel di jalan hangtuah itu difahamkan menyentuh cadangan kerjasama di bawah Ikatan Prihatin Rakyat atau IPR.
00:22Bagi PH, pertemuan itu disertai pengurusi PH Melaka Adli Zahari serta pemangku pengurusi Majlis Pimpinan Negeri MPN PKR Melaka Adam
00:32Adli Abdul Halim dan pengurusi DAP Negeri Ku Puaityong.
00:36Sementara itu, bersatu diwakili Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Datuk Seri R. Sanjivan
00:46dan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Datuk Seri Muhammad Ali Muhammad.
00:52Selain itu, turut hadir ialah Presiden Parti Bumi Putra Perkasa Malaysia Putra, Datuk Ibrahim Ali.
00:58Penggal Dun Melaka akan berakhir pada 27 Disember depan.
01:04Pertemuan hari ini lebih sikit, habis.
01:07Macam saya sebutlah, yang ini di peringkat negeri ini lebih kepada kita kenal, kita jumpa, kita bertukar fikiran.
01:15Yang peringkat rundingan, peringkat yang lain itu di peringkat level lain.
01:19Macam saya, saya hadir pun bawah atas jemputan, supaya kita boleh faham apa realiti dalam Negeri Melaka.
01:28Dan mungkin dari masa itu, kita ada idea macam mana kita nak ubah strategi kita dalam Pilihan Raya yang akan
01:35datang.
01:35Nanti basically itu sajalah.
01:38Untuk dengan sisi suai kenal ini, bayangannya hampir pasti.
01:43Setakat ini yang, macam saya sebutlah, yang membuka ruang kerjasama, kita sambut, kan?
01:49Satu saja.
01:50Kalau Barisan Nasional buka ruang pada kita pun, kita, Alhamdulillah kita buka, kita pergi jumpa dan kita boleh, mungkin boleh
01:58kita berbincang, kan?
01:58Terima kasih.
02:00Terima kasih.
02:00Terima kasih.

Recommended