Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
KDN berkata status 10,388 warga Myanmar dalam tahanan perlu dikenal pasti secara individu termasuk bagi menentukan tuntutan sebagai pelarian.
Transcript
00:00Status 10,388 warga Myanmar dalam tahanan imigresen perlu dikenalpasti secara individu termasuk bagi menentukan tuntutan sebagai pelarian.
00:11Kementerian Dalam Negeri KDN menegaskan keseluruhan jumlah itu tidak boleh dirumuskan kepada satu kategori.
00:20Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Kawalan KDN, Datuk Mahzan Mahyudin berkata, angka itu merangkumi keseluruhan warga Myanmar yang berada dalam
00:30tahanan imigresen setakat 15 Ogos lalu.
00:34Sehubungan dengan itu, status setiap individu perlu disahkan secara tepat.
00:39Jumlah tersebut merangkumi semua warga Myanmar yang telah ditahan dan tidak boleh dianggap keseluruhannya sebagai pelarian.
00:46Atas sebab itu, status individu perlu dikenalpasti secara tepat dan tidak boleh digeneralisasikan.
00:54Bagi tujuan itu, Jabatan Imigresen Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia sedang melaksanakan proses dokumen pendaftaran pelarian DPP.
01:04Ia bagi mengesahkan identiti, kewarganegaraan, status imigresen, tuntutan pelarian serta latar belakang keselamatan setiap individu.
01:13Bagi tahun ini, 4,008 individu, terutama etnik Rohingya akan disalurkan kepada program DPP.
01:21Manakala 5,000 individu lain akan melalui proses penghantaran pulang secara sukarela dan berperingkat seperti dipersetujui Malaysia dan Myanmar.
01:30Terima kasih telah menonton!

Recommended