00:00Tambang pengangkutan awam di Singapura akan meningkat 7% secara keseluruhan mulai 26 Disember 2026,
00:08susulan kenaikan harga tenaga akibat konflik Asia Barat menurut Majlis Pengangkutan Awam PTC.
00:15Dalam laporan kajian semakan tambang FRI 2026 yang dikeluarkan pada Selasa,
00:21PTC maklumkan kenaikan itu kurang daripada separuh kuantum pelarasan tambang maksimum yang dibenarkan.
00:30Antara lain mengimbangi keperluan untuk memastikan sistem pengangkutan awam mampan dari segi keuangan dengan kebimbangan kos sara hidup.
00:39Menurut FRI 2026, penumpang dewasa yang menggunakan kad akan membayar sehingga 13 sen tambahan setiap perjalanan,
00:48manakala pelajar, waga emas dan orang kurang upaya akan membayar tambahan 5 sen.
00:54Untuk pembayaran tunai, orang dewasa akan membayar tambahan 20 sen,
00:59manakala yang lain akan membayar tambahan 10 sen.
01:03Sementara itu, PTC menyatakan kerajaan akan terus menyediakan subsidi tambang tambahan
01:09berjumlah hampir 200 juta dolar Singapura pada 2027.
01:14Jelas PTC pihaknya akan terus memantau kemampuan tambang dengan teliti
01:20demi memastikan sistem pengangkutan awam Singapura kekal mampu milik untuk penumpang
01:25dan mampan dari segi keuangan bagi jangka panjang.
01:28Terima kasih telah menonton!