Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Pelakon suara veteran Jepun, Kenjiro Tsuda, memfailkan saman sivil terhadap pengendali platform video pendek TikTok susulan dakwaan suaranya diklon menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) tanpa kebenarannya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Belakon suara veteran Jepun Kenjiro Suda memfailkan saman sivil terhadap TikTok.
00:06Langkah itu dibuat susulan dawaan suaranya diklon menggunakan teknologi kecerdasan buatan AI tanpa kebenaran.
00:15Suda yang dikenali menerusi lakonan suara watak Kento Nanami dalam siri anime Jujutsu Kaisen serta Seto Kaiba dalam franchise Yu
00:24-Gi-Oh!
00:24mengambil tindakan itu selepas mengesan sekurang-kurangnya 188 video yang didakwa menggunakan suaranya.
00:33Menurut dokumen mahkamah, kandungan itu disebarkan oleh sebuah akaun tanpa nama
00:37yang menggunakan imej menyerupai watak anime yang pernah dilakorkan Suda.
00:42Akaun berkenaan dilaporkan mempunyai lebih 200,000 pengikut
00:45dan dipercayai menjadang pendapatan antara 500,000 hingga 750,000 yen,
00:51kira-kira RM14,000 hingga RM21,000 sebulan
00:55menerusi video berkaitan legenda urban, fenomena mistik dan teori konspirasi.
01:01Peguam Suda berhujah suara seseorang pelakon merupakan aset komersial
01:05yang dibina melalui latihan dan pengalaman bertahun-tahun
01:08serta wajar dilindungi daripada eksploitasi tanpa kebenaran.
01:14Bagaimanapun, TikTok menolak dawaan itu
01:16dengan menyatakan audio yang digunakan hanyalah suara lelaki jenerik
01:20dan sebarang persamaan dengan suara Suda adalah bersifat subjektif.
01:25Suda dan pasukan peguamnya turut meminta mahkamah mengiktiraf suara
01:28sebagai sebahagian daripada identiti individu
01:31yang mempunyai nilai komersial serta perlindungan undang-undang.
01:35Kes yang dibicarakan di Mahkamah Daerah Tokyo itu
01:38dianggap antara kes pertama di Jepun
01:41yang menguji perlindungan undang-undang terhadap penggunaan suara
01:45yang dijana AI tanpa kebenaran pemilih asal.
01:50Keputusan Mahkamah Daerah Tokyo dalam kes berprofil tinggi itu
01:53dijangka diumumkan pada Rabu.
01:56Terima kasih telah menonton!

Recommended