00:00Amerika Syarikat pada selasa mula menguatkuasakan larangan import terhadap barangan dari Kanada bernilai kira-kira $1 bilion Amerika, ia termasuk
00:10minuman beralkohol, produk tenusu dan kenderaan bermotor.
00:15Presiden Donald Trump sebelum ini menandatangani perintah eksekutif yang melarang penjualan beberapa barangan tertentu yang diimport dari Kanada di pasaran
00:25Amerika.
00:26Walaupun sekatan melibatkan produk bernilai hampir $1 bilion Amerika itu dijangka tidak memberi kesan besar terhadap ekonomi,
00:34jika dibandingkan dengan nilai perdagangan dua hala tahunan sebanyak $880 bilion Amerika, langkah itu menandakan perkembangan baharu dalam pertikaian perdagangan
00:45antara kedua-dua negara.
00:47Untuk rekod, Kanada merupakan sekutu lama dan rakan dagang utama Amerika.
00:51Wakil perdagangan Amerika, Jameson Greer berkata langkah itu dibuat susulan apa yang disifatkan Washington sebagai layanan diskriminasi Kanada terhadap ekspor
01:02penting Amerika.
01:04Pada Julai, pentadbiran Amerika mengumumkan tarif 50% terhadap barangan tertentu dari Kanada dengan mendakwa Ottawa mengamalkan tindakan diskriminasi terhadap
01:14produk Amerika.
01:15Tarif itu mula berkuatkuasa pada 22 Ogos. Sebagai tindak balas, kerajaan Kanada mengenakan tarif antara 15 hingga 50% terhadap
01:26beberapa produk Amerika dan mula berkuatkuasa pada 8 September.
01:30Terima kasih telah menonton!
01:31Terima kasih telah menonton!
01:32Terima kasih telah menonton!