00:00Pembuat dasar Bank of Japan, BOJ, melihat keperluan memberi tumpuan kepada risiko inflasi yang semakin meningkat dengan sebagian daripada mereka
00:09menggesa kenaikan kadar faedah lebih pantas.
00:12Selepas kenaikan kadar faedah pada Jun, BOJ mengekalkannya pada Julai sebelum menaikkan kadar dasarnya kepada 1.25% bulan ini,
00:21paras tertinggi dalam 31 tahun.
00:25Perang di Asia Barat dan kelemahan berterusan yen turut meningkatkan harga bahan api serta bahan mentah import.
00:31Minit mesyuarat menunjukkan ramai daripada sembilan anggota lembaga BOJ berpandangan bank pusat itu secara beransur-ansur mengalihkan tumpuan kepada usaha
00:42memastikan inflasi asas berada sekitar sasaran 2% berikutan peningkatan risiko harga.
00:48Sebahagian pembuat dasar berpandangan, kenaikan kadar boleh dilakukan lebih pantas daripada jangkaan pasaran, memandangkan inflasi asas menghampiri 2% dan
00:59risiko kenaikan harga semakin meningkat.
01:01Mereka juga menggesa BOJ memberi perhatian khusus terhadap risiko tersebut dan menyesuaikan kadar dasar dengan pantas.
01:09Seorang anggota lain pula berpandangan BOJ perlu mempercepatkan kenaikan kadar kerana risiko menunggu semakin besar.
01:17Menurutnya, ekonomi boleh mengalami kesan buruk yang besar sekiranya risiko inflasi menjadi kenyataan.