00:00Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam pengurusan Myanmar Etnik Rohingya Human Rights Organization Malaysia, MEHROM, didakwa di Mahkamah Magistrit Putrajaya
00:11Pada Rabu atas dua pertuduhan berkaitan pertubuhan tidak berdaftar.
00:15Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, ROS dalam kenyataan memaklumkan Zafar Ahmad Abdul Ghani mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 42
00:26dan Seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966, Kurungan Akta 832 serta memohon dibicarakan.
00:36Mahkamah kemudian menetapkan 30 Oktober ini untuk sebutan semula kes.
00:40Menurut ROS, pendawaan itu dibuat susulan siasatan bahagian penguatkuasaan jabatan itu terhadap aktiviti MEHROM di media sosial, termasuk kenyataan dan
00:51penerbitan oleh tertuduh yang memperkenalkan dirinya sebagai Presiden MEHROM.
00:56Semakan mendapati MEHROM tidak berdaftar dengan ROS, manakala tertuduh pula bukan pemegang jawatan dalam mana-mana pertubuhan berdaftar menggunakan nama
01:05tersebut.
01:05ROS memaklumkan kertas siasatan berhubung perkara itu kemudiannya dirujuk kepada timbalan pendawaan raya sebelum tindakan pendawaan diambil.
01:14ROS menjelaskan pihaknya memandang serius sebarang aktiviti pengurusan, pengendalian atau promosi pertubuhan yang tidak mematuhi undang-undang.
01:23Menurutnya, pemantauan serta tindakan penguatkuasaan akan diteruskan bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Pertubuhan 1966 serta peraturan berkaitan.
01:34ROS menjelaskan pihaknya