00:00Parlimen Norway pada Rabu memulakan pendengaran awam berhubung-hubungan antara mendiang pesalah seks Amerika Syarikat Jeffrey Epstein dengan diplomat dan
00:09ahli politik Norway.
00:11Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pada Januari menerbitkan jutaan dokumen berkaitan Epstein yang mendedahkan hubungannya dengan ahli politik, golongan diraja dan
00:22individu kaya dan berpengaruh di seluruh dunia.
00:26Jawatan Kuasa Pemerisaan dan Hal Ehwal Perlembagaan Parlimen telah memanggil sebelas bekas dan menteri luar serta menteri pembangunan yang sedang
00:34berkhidmat termasuk Perdana Menteri, Yunus Garstuer yang pernah menjadi menteri luar dari 2005 hingga 2012.
00:42Dalam pendengaran itu, Stuer menegaskan beliau tidak pernah mempunyai hubungan pribadi dengan Epstein.
00:48Jelasnya, isu yang timbul berpunca daripada tindakan segelintir individu dan bukannya masalah sistemik dalam kementerian luar.
00:57Dalam pada itu, Parlimen turut melantik sebuah suruhan jaya bebas yang terdiri daripada ahli akademik dan pakar undang-undang untuk
01:03menyiasat perkara yang didedahkan melalui dokumen tersebut dengan matlamat meningkatkan integriti dan keterusan pihak berkuasa Norway.
01:11Suruhan jaya penyiasatan yang jarang ditubuhkan itu akan meneliti lebih 30 tahun sejarah diplomasi Norway dan dijangka membentangkan hasil siasatannya
01:20pada awal 2028.
Comments