00:00Senat Amerika Syarikat gagal meluluskan satu resolusi yang menggesa pentadbiran negara itu melaporkan pelanggaran hak asasi manusia di Tebing Barat
00:09termasuk insiden keganasan melibatkan warga Amerika.
00:13Dalam undian prosedur pada Selasa, resolusi itu disekat selepas memperoleh 47 undi menyokong dan 51 undi mendolak. Ia sekaligus gagal
00:25mencapai majoriti mudah yang diperlukan.
00:28Resolusi itu bertujuan mewajibkan Jabatan Negara Amerika menyediakan laporan kepada Kongres mengenai pembunuhan warga Amerika yang didakwa dilakukan Pendatang Haram
00:38Israel atau Pasukan Keselamatan Israel di Tebing Barat.
00:42Antara lain menilai keadaan hak asasi manusia di wilayah tersebut.
00:46Keputusan undian itu turut mencerminkan perbezaan pendirian yang semakin ketara antara Parti Demokrat dan Kerajaan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu
00:56berhubung layanan terhadap rakyat Palestine.
00:59Hampir semua senator demokrat menyokong resolusi itu kecuali John Feterman manakala hampir semua senator republikan mengundinya kecuali Rand Paul.
01:09Kegagalan resolusi tersebut dilihat sebagai satu lagi petunjuk kepada sokongan berterusan Parti Republikan terhadap kerajaan pimpinan Netanyahu.
01:19Ia meskipun kritikan terhadap dasar Israel di Tebing Barat semakin meningkat dalam kalangan sebahagian ahli politik demokrat.
01:28Undian itu berlangsung hanya beberapa minggu sebelum pilihan raya pertengahan penggal Amerika.
01:32Terima kasih.
Comments