Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Kedudukan Pasport Malaysia di tangga kedua dunia merupakan pencapaian yang mencerminkan keyakinan global terhadap kestabilan, keselamatan dan integriti sistem negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kedudukan pasport Malaysia di tangga kedua dunia merupakan pencapaian yang mencerminkan keyakinan global terhadap kestabilan, keselamatan dan integriti sistem negara.
00:10Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Sri Saifuddin Nasution Ismail, pencapaian itu terutam membawa manfaat nyata kepada rakyat menelusi akses perjalanan
00:18antarabangsa yang lebih luas selain membuka lebih banyak peluang dalam pendidikan, kerjaya perniagaan dan pelaburan.
00:28Katanya di bawah kerangka ekonomi madani, antara tumpuan utama negara adalah untuk meningkatkan siling pertumbuhan negara dengan mempeluas jangkauan antarabangsa,
00:36menperkukuh kedudukan diplomatik serta meningkatkan daya saing Malaysia di pentas dunia.
00:41Saifuddin berkata sebuah negara yang maju dan dihormati memerlukan sistem yang kukuh, berintegriti dan diyakini supaya pintu peluang global terus
00:49terbuka luas kepada rakyat Malaysia.
00:51Media melaporkan pasport Malaysia melonjak ke kedudukan kedua tertinggi di peringkat global dalam The Passport Index Global Ranking 2026 meningkat
01:00daripada tempat ketiga pada tahun sebelumnya.
01:02Saifuddin juga berkata bahawa pemegang pasport Malaysia kini mempunyai akses ke 175 destinasi global, sekelegus memberikan mobiliti yang lebih luas
01:10kepada rakyat.
01:11Jelasnya keyakinan dunia terhadap kestabilan, keselamatan dan integriti sistem negara kini diterjemah melalui satu lagi pencapaian yang membanggakan.
01:20Menurutnya pencapaian berkenaan tidak berlaku dengan sendiri, sebaliknya hasil usaha berterusan kementerian dalam negeri KDN bersama Jabatan Imigresen Malaysia JIM
01:28dalam memastikan sistem imigresen dan dokumen perjalanan negara terus mempunyai tahap integriti serta keselamatan yang tinggi.
01:35Mengulas manfaat pencapaian itu kepada rakyat, Saifuddin berkata, kedudukan tinggi dalam carata dunia hanya benar-benar bermakna apabila diterjemahkan kepada
01:43manfaat yang dapat dirasai rakyat.
01:45Katanya kelancaran perjalanan yang memudahkan rakyat Malaysia melancong, menjalankan urusan dan melakukan perjalanan ke luar negara dengan akses yang lebih
01:53luas.
01:54Beliau berkata pencapaian itu terutup membuka lebih banyak ruang kepada golongan muda untuk meneruka peluang pendidikan tinggi serta membina pengalaman
02:00dan kerjaya di peringkat antarabangsa.

Recommended