00:00Kilang bidara flour meals di Pelabuhan Kelang, Selangor berpotensi dibangunkan sebagai salah satu hub keterjaminan makanan, khususnya dalam rantaian bekalan
00:09tepung dan produk makanan berasaskan tepung.
00:12Perkara itu antara yang diberi tumpuan dalam lawatan kerja Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Sri Muhammad Sabu ke premis
00:20berkenaan pada Jumaat.
00:23Lawatan itu turut mengetengahkan kerjasama strategik antara bidara flour meals dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Fama dalam memperkukuh rantaian bekalan
00:33dan pemasaran produk agromakanan.
00:35Bidara flour meals dan berhad ditubuhkan pada 2019 dan beroperasi di atas tanah milik Fama seluas lima eka dengan tempoh
00:43pajakan 30 tahun hingga 2050.
00:46Skop operasinya merangkumi import, penghilangan, pembukusan, pengedaran dan pemasaran tepung gandum serta produk makanan halal berkaitan selain minyak masak, sawit.
00:56Menerusi kerjasama strategik dengan Fama, premis itu turut disasarkan untuk memperkukuh rantaian nilai agromakanan termasuk menghubungkan produk dengan usahawan, pengedar,
01:06peruncit dan pemain industri.