Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Syarikat gabungan Paramount Skydance dan Warner Bros Discovery akan menggunakan nama Skydance, dengan pertukaran nama undang-undang dirancang pada 6 Oktober.
Transcript
00:00Syarikat gabungan Paramount Skydance dan Warner Bros Discovery akan dinamakan Skydance selepas urus niaga penggabungan dimuktamadkan.
00:09Ketua Pekuat Eksekutif Paramount Skydance, David Allison berkata, pemilihan nama itu bertujuan mengekalkan identiti berasingan studio Paramount dan Warner Bros.
00:21Menurutnya syarikat tidak mahu identiti korporat baru mengaburi atau mengurangkan nilai kedua-dua jenama.
00:26Gabungan itu akan mewujudkan sebuah gergasi hiburan merangkumi film, televisyen dan berita termasuk studio di sebalik franchise Mission Impossible dan
00:36Harry Potter.
00:38Ia turut menghimpunkan rangkaian televisyen serta penstriman utama seperti CBS, CNN, Paramount+, dan HBO Max.
00:47Syarikat merancang menukar nama undang-undang kepada Skydance Corporation pada 6 Oktober, selaras dengan pemfailan kepada badan kawal selia.
00:55Pada tarikh sama, saham kelas B syarikat dijangka berpindah daripada Nasdaq ke bursa saham New York dan didagangkan menggunakan kod
01:04SKYD menggantikan PSKY.
01:06Terima kasih kerana menonton!

Recommended