00:00Kementerian Pertahanan Mindef menyasarkan nisbah penempatan anggota Angkatan Tentera Malaysia ETM 50% di Semenanjung serta 50% Sabah dan
00:11Sarawak.
00:12Langkah itu sebagai usaha memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan negara susulan peningkatan aktiviti ketenteraan di Pulau Balabak, Filipina yang terletak hanya 50km
00:22dari Pulau Banggi, Kudat, Sabah.
00:28Menterinya Datuk Seri Mohamad Khalid Nordin berkata ketika ini kira-kira 2 per 3 daripada keseluruhan 20 ribu anggota yang
00:34berada dalam penugasan pada setiap masa ditempatkan di Semenanjung, manakala 1 per 3 lagi di Sabah dan Sarawak.
00:42Jadi atas baik itulah kita kena pastikan kita dalam keadaan yang bersedia bukan nak berhadapan dengan Balabak tapi bila berlakunya
00:51pertempuran, pertembungan ataupun apa-apa yang terdapat di kawasan itu.
00:58So bila Filipina dengan disokong oleh Amerika menumpukan pada kawasan Balabak dengan China pun nanti kalau katakan berlaku apa-apa
01:09provokasi dan berlaku apa-apa pertempuran yang tak dijangkakan dia mesti akan merebak kita.
01:16Jadi soalnya kalau kita ada benteng apa semua dia mungkin tak masuk tapi kalau katakanlah keadaan itu menjadi semakin itu
01:25mungkin ramai yang lari datang ke tempat kita tak begitu.
01:30Jadi bukan kerana Balabak jadi jangan salah bukan kerana Balabak maka kita ni tapi sebagai satu persediaan kita jika berlaku
01:40konflik jika terdapatnya apa-apa yang melimpah ke kawasan kita kita sudah bersedia.
01:46Dalam pada itu Muhammad Khalid berkata kerajaan akan meneruskan tuntutan terhadap syarikat Norway susulan pembatalan lesen eksport, sistem misil antikapal,
01:55naval strike missile, NSM ke Malaysia.
01:59Sementara itu misi pengaman di Lubnan pasukan battalion Malaysia Malbad akan mula pulang ke Tanah Air pada Januari depan selepas
02:06berakhir mandat pasukan sementara pertubuhan bangsa-bangsa bersatu di Lubnan atau Unifil.
02:11Bagaimanapun Muhammad Khalid memaklumkan Malaysia bersedia menghantar pasukan pengaman sekiranya diperlukan PBD pada masa akan datang.