Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa semua pihak berganding bahu menangani keganasan di sekolah, sambil menegaskan isu keselamatan pelajar tidak wajar dipolitikkan dan memerlukan tindakan segera.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Isu keganasan dan keselamatan pelajar di sekolah perlu ditangani secara menyeluruh tanpa mengira fahaman politik.
00:06Ketua Pemuda UMNO, Dato' Akmal Saleh menegaskan sekolah perlu kekal sebagai tempat yang selamat
00:11dan tidak boleh menunggu satu lagi tragedi berlaku sebelum tindakan diambil.
00:17Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata keselamatan pelajar adalah tanggungjawab bersama
00:22melibatkan ibu bapa, guru, pihak sekolah, kerajaan dan masyarakat.
00:26Katanya kes keganasan serius dalam kalangan pelajar tidak boleh lagi dianggap sebagai kes terpencil.
00:32Semua pihak perlu berani melaporkan tanda-tanda awal seperti buli, ugutan, pergaduhan dan perubahan tingkah laku yang membimbangkan.
00:41Akmal menyampaikan pandangan itu susulan tragedi kematian pelajar tingkatan 4,
00:45Irene Sofia Mohd Khairul Faisal, di sebuah sekolah di Yongpeng, Johor.
00:49Dalam masa sama, beliau menggariskan lima cadangan yang dibincangkan
00:53menerusi rundingan Meja Bulat Nasional Rimbon 1.0 bagi memperkukuh, keselamatan dan disiplin di sekolah.
01:00Antaranya termasuk memberikan semula autoriti disiplin kepada guru,
01:04termasuk pelaksanaan hukuman merotan secara terkawal mengikut prosedur yang ditetapkan.
01:10Beliau juga mencadangkan perwujudan Akta Pelindungan Guru dan Murid
01:13bagi memastikan kedua-dua pihak dilindungi daripada tindakan yang melampaui batas.
01:19Selain itu, pemasangan kamera lita tertutup atau CCTV secara menyeluruh di kawasan strategik sekolah
01:26bagi tujuan pencegahan.
01:28Selaras dengan perkembangan teknologi, beliau mahu pemantauan lebih ketat dilaksanakan
01:33terhadap kandungan yang mempromosikan budaya samsing, buli dan keganasan.
01:39Beliau turut menekankan kepentingan sistem pengesanan awal
01:42bagi mengenalpasti pelajar berisiko melalui peranan guru disiplin, kaunselor dan pihak pentadbiran sekolah.
01:50Tegasnya, nyawa dan keselamatan pelajar tidak boleh dijadikan modal politik
01:54atau diabaikan sehingga berlakunya satu lagi tragedi.

Recommended