Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Kashif berkata jika perancangan berasaskan data berjaya mengurangkan jumlah rumah mampu milik yang tidak terjual sebanyak 1,000 unit setahun, ia dapat mengelakkan hampir RM1.8 bilion nilai rumah mampu milik daripada tidak berpenghuni sepanjang tempoh 10 tahun pelaksanaan dasar berkenaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Belanjawan 2027 dilihat berperanan penting dalam meningkatkan penawaran perumahan secara ketara
00:06selain menangani cabaran berterusan yang dihadapi pasaran perumahan Malaysia.
00:12Ketua Pegawai Eksekutif Juwai Iki Kashif Ansari berkata,
00:16Belanjawan 2027 juga akan menjadi asas kepada 8 lagi belanjawan yang akan dibentangkan selepas ini.
00:24Katanya perancangan berasaskan data, kaedah pembiayaan baharu, teknik pembinaan canggih
00:30serta sasaran penawaran perumahan baharu yang bercita-cita tinggi
00:34merupakan sebahagian daripada komponen dalam dasar perumahan negara
00:37yang dijangka menerima peruntukan menerusi Belanjawan 2027.
00:42Satu daripada masalah utama yang perlu ditangani menerusi perancangan berasaskan data
00:46ialah rumah yang tidak terjual.
00:49Kashif berkata jika perancangan berasaskan data berjaya mengurangkan jumlah rumah
00:54mampu milik yang tidak terjual sebanyak 1,000 unit setahun,
00:58ia dapat mengelakkan hampir 1.8 bilion ringgit nilai rumah mampu milik
01:03daripada tidak berpenghuni sepanjang tempoh 10 tahun pelaksanaan dasar berkenaan.
01:08Beliau turut berkata industri perumahan menyambut baik cadangan instrumen
01:12pembiayaan baharu yang dijangka diperkenal menerusi dasar perumahan negara
01:16bagi membantu pembeli rumah mampu milik.
01:19Skim jaminan kredit perumahan sediada akan terus menjamin pinjaman perumahan
01:23bagi pembeli rumah kali pertama yang tidak mempunyai slip gaji tetap
01:27seperti pekerja gig dan individu yang bekerja sendiri.
01:31Tahun lepas, skim berkenaan meluluskan jaminan kepada 27,000 rakyat Malaysia
01:35untuk membeli rumah pertama mereka.
01:37Jika kerajaan dapat mengekalkan kadar tahunan itu dalam tempoh 10 tahun akan datang,
01:43sebanyak 270,000 isi rumah akan mendapat manfaat iaitu bersamaan hampir sejuta orang.

Recommended