00:00Kementerian Pendidikan Tinggi KPT akan terus memberi tumpuan terhadap isu graduan yang bekerja di bawah tahap kelayakan atau tidak selaras
00:07dengan bidang pengajian mereka.
00:09Menterinya, Datuk Seri Zamri Abul Khadir berkata usaha itu menjadi sebahagian daripada tumpuan utama dalam Dasar Pendidikan Tinggi Negara 2026
00:18hingga 2035.
00:23Jelasnya, kerajaan memandang serius isu underemployment melibatkan graduan berkelayakan tinggi tetapi bekerja dalam pekerjaan yang tidak setimpal dengan kelayakan atau
00:31bidang pengajian mereka.
00:33Menurut beliau, setiap tahun ribuan graduan menamatkan pengajian dan memasuki pasaran buruh, justru keperluan industri perlu dinilai secara berterusan bagi
00:43memastikan peluang pekerjaan selari dengan kelayakan mereka.
00:46Zamri menegaskan usaha menengani isu berkenaan tidak boleh dipikul oleh KPT bersendirian.
00:53Sebaliknya, ia memerlukan kerjasama rapat antara KPT, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia bagi menyelaraskan keperluan pasaran dengan penghasilan graduan.
01:05Katanya kerjasama ketika ini berjalan baik bagi memastikan lepasan universiti dan politeknik memperoleh pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan mereka.
01:14Pada ahad, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan KPT memperkukuh laluan pekerjaan yang sepadan dengan kelayakan graduan.
01:24Arahan itu menyusul selepas data Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan kira-kira 1.6 juta graduan atau 32.2% daripada
01:33keseluruhan graduan bekerja di bawah tahap kelayakan mereka.