Skip to playerSkip to main content
Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden mengajukan soalan tambahan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkenaan isu kebocoran rakaman CCTV berkaitan kejadian melibatkan Ketua Pengarah AKPS.

Sementara itu, Saifuddin berkata kebocoran rakaman CCTV dalaman KLIA yang tersebar itu turut menjadi antara aspek yang diberi perhatian dalam siasatan polis.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799204/berita/semasa/akps-akan-diberi-akses-bilik-kawalan-mahb-tingkat-keselamatan-klia---saifuddin-nasution

#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #AKPS

Category

🗞
News
Transcript
00:00Insiden yang terbaru untuk mengenai KPS
00:02Kita tak berhasrat nak campur siasatan itu
00:04Tapi isunya adalah yang berhormat
00:06Macam mana video CCTV dalaman itu boleh dibocorkan keluar
00:10Jadi kalaulah dalam sistem keselamatan KLA itu sendiri
00:14Ada yang membocorkan maklumat video itu dikeluarkan
00:18Apatah lagi barang-barang terlarang itu
00:21Jadi mohon jaminan yang berhormat menteri dalam negeri
00:24Supaya hal-hal begini tidak lagi berulang
00:26Kalau kita sendiri tak boleh kawal sistem keselamatan lapangan terbang kita
00:31Macam mana agensi-agensi yang nak buat kerja dengan terus dan cepat
00:34Minta jaminan daripada yang berhormat menteri
00:36Terima kasih
00:38Terima kasih Al-Ustaz
00:41Seperti yang Al-Ustaz sebut tadi
00:43Bahawa siasatan kerana ada aduan terhadap insiden tempoh hari
00:48Hari ini Jabatan Siasatan Cenayah akan menyerahkan laporan awal
00:55Kepada Jabatan Pegawai Negara
00:56Dari situ nanti Jabatan Pegawai Negara akan menentukan
01:00Sama ada dia berpuas hati
01:02Kertas sihatan itu dah lengkap
01:03Sebagai bekas pegawai polis
01:06Atau besar kemungkinan Pegawai Negara akan mengarahkan lagi
01:09Diambil langkah-langkah
01:10Bagi memastikan kertas itu betul-betul
01:12Meyakinkan atau punya asas kes yang cukup
01:15Saya setuju
01:16Saya tak ada perbezaan pendapat
01:18Soal pandangan yang diberikan oleh Al-Ustaz
01:21Bahawa bagaimana mungkin
01:23Sejurus selepas insiden itu
01:25Kemudian tersebar dengan meluas video
01:29Sebab setelah saya sebut dengan kota baru tadi
01:31Kalaulah puncanya adalah 5000 CCTV
01:35Bermaksud ianya di bawah kawalan Malaysia Airport Holding Berhad
01:38Apakah kebocoran bermula di situ
01:41Atau membawa kepada secondary recording dan sebagainya
01:44Itu juga aspek yang sekarang ini
01:47Menjadi fokus jawatan kuasa siasatan
01:50Terhadap kes itu
01:51Maksudnya ketika predikat dan halatuju siasatan mereka letakkan
01:56Sebagai landasan kepada halatuju siasatan
01:59Elemen kebocoran
02:01Punca sebaran video itu juga
02:05Adalah dalam senara semak
02:07Selain daripada rakaman percakapan
02:10Dan bukti-bukti yang lain
02:12Itu dalam tindakan pihak polis
02:15Terima kasih

Recommended