Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Peguam kepada dua anggota polis yang didakwa dikasari Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menafikan anak guamnya terbabit kegiatan ‘ulat’ atau ‘counter setting’ di KLIA1.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Peguam kepada dua anggota polis yang didakwa dikasari ketua pengarah agensi kawalan dan pelindungan sempadan Malaysia AKPS, Datuk Seri Mohd
00:10Syuhaili Mohd Zain menafikan anak guamnya terbabit kegiatan ulat atau counter setting di lapangan terbang terbangsa Kuala Lumpur KLIA 1.
00:19Peguam Kamal Hisham Jaffa berkata perkara itu tidak seharusnya mengalir perhatian daripada isu utama iaitu dawaan kedua-dua anggota dikasari
00:29ketika bertugas pada 28 September lalu.
00:35Menerusi kenyataan media, Kamal Hisham berkata terdapat kenyataan selepas kejadian yang memberikan gambaran berbeza daripada keadaan sebenar,
00:43justru semua kenyataan awam berkaitan perkara yang masih dalam siasatan perlu dibuat secara bertanggungjawab.
00:51Katanya kedua-dua anak guamnya mengalami kecederaan selain dawaan kekerasan berkenaan menjejaskan maruah mereka sebagai penjawat awam.
01:00Kes itu turut membabitkan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
01:07Beliau pada masa sama memohon siasatan dijalankan segera secara telus dan bebas selain tindakan undang-undang sewajarnya diambil berdasarkan hasil
01:17siasatan dan bukti.
01:19Katanya sebarang tindakan kekerasan terhadap pejawat awam yang sedang menjalankan tugas perlu dipandang serius tanpa mengira pangkat atau kedudukan.
01:29Kamal Hisham turut menegaskan AKPS bukan sebahagian daripada PDRM sebaliknya kedua-dua agensi mempunyai fungsi dan bidang kuasa berbeza.
01:39Beliau berkata kegagalan menanggani dawaan seumpama itu dengan sewajarnya boleh memberi persepsi bahawa penggunaan kekerasan terhadap penjawat awam boleh diterima
01:49atau dibiarkan.
01:50Pada 28 September lalu, tular video memaparkan Mohd Suhaili memarahi seorang individu di KLIA.
01:58Sesulan itu, pada 1 Oktober lalu, Mohd Suhaili mengatakan kesediaan menerima apa sahaja keputusan atau tindakan.
02:07Beliau menegaskan tidak mahu KLIA menjadi seperti selayang dan mahu pastikan KLIA bebas daripada kegiatan ulat warga asing.

Recommended