Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
KPT membenarkan IPT di kawasan yang mencatatkan IPU melebihi 201 menentukan kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut keadaan semasa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Pendidikan Tinggi, KPT memantau rapat perkembangan kualiti udara di seluruh negara, susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan.
00:08Melalui satu kenyataan, KPT memaklumkan semua institusi pendidikan tinggi di bawah seliaannya telah diarahkan memantau bacaan indeks pencemaran udara IPU
00:17di lokaliti masing-masing.
00:19KPT berkata, pengurusan IPT di kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 201 diberikan autonomi untuk menentukan mod pengajaran dan pembelajaran
00:29yang bersesuaian.
00:31Langkah itu bagi mengurangkan risiko kesihatan dan pada masa sama memastikan proses pembelajaran mahasiswa dapat diteruskan.
00:39Aktiviti luar turut perlu dinilai dan disesuaikan berdasarkan bacaan IPU semasa.
00:44Selain itu, warga IPT diingatkan agar sentiasa merujuk maklumat rasmi yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar JAS serta mematuhi garis panduan
00:53yang ditetapkan oleh institusi masing-masing.
00:56KPT menegaskan akan terus memantau perkembangan situasi dan menyesuaikan pendekatan pengoperasian IPT demi menjamin kesihatan, kesejahteraan dan kebajikan seluruh warga
01:07kampus.

Recommended