Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Dua beradik maut apabila motosikal ditunggangi mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan di Kampung Teluk Sareh dekat Kampung Gajah, awal pagi, pada Khamis.
Transcript
00:00Dua rakan maut apabila motosikal ditungganginya. Mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan di Kampung Teluk Sarih dekat Kampung Gajah
00:08awal pagi pada Khamis.
00:10Penolong pengarah operasi Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM, Perak Sabarudzi Nur Ahmad berkata,
00:17mangsa yang maut dikenali sebagai Siti Kazrina Abdul Rahman, 19 tahun dan Adam Daniel yang berusia 18 tahun.
00:27Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.
00:32Menurut Sabarudzi, pihaknya menerima panggilan pada 4.29 pagi.
00:36Sepasukan anggota dari Balai Bomber dan Penyelamat Kampung Gajah kemudian ke lokasi kejadian.
00:41Katanya, kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta Toyota Yaris dan sebuah motosikal Yamaha Y15.
00:48Setibanya jendera di lokasi mendapati kereta tersebut berada di dalam parit dan terdapat seorang mangsa di dalam kereta.
00:54Manakala penunggang dan pemboncing motosikal turut berada di dalam parit.
00:58Sabarudzi berkata kedua-dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
01:04Sementara pemandu kenderaan terbabit yang mengalami kecederaan parah di bawah Hospital Sri Iskandar bagi menerima rawatan.

Recommended