Skip to playerSkip to main content
Beliau berkata kejayaan belanjawan tidak diukur melalui jumlah peruntukan atau pengumuman, sebaliknya sejauh mana ia meningkatkan kehidupan rakyat. #AWANInews #Bajet2027AWANI #Belanjawan2027
Transcript
00:00Jawa Negara adalah pernyataan moral atau wa'at nasional sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.
00:06Tradisi pemikiran Melayu sendiri telah lama meletakkan persoalan keadilan dan amanah sebagai teras dan pasak pemerintahan.
00:16Penyair dan sejarawan Melayu perubah Raja Ali Haji dalam Gurindan 1847 yang mesyur mengungkapkan
00:26hukum adil atas rakyat, tanda raja beroleh ainayat.
00:33Dalam tradisi kita, hubungan antar pemerintah dengan rakyat tidak pernah berdiri atas kuasa tempat-tempat.
00:40Ia terpasak atas wa'at, iaitu suatu ikatan yang menuntut kesetiaan yang mesti dibalas dengan keadilan.
00:50Dan kuasa mesti dipagari amanah.
00:54Ini wa'at atau kovinan.
00:56Inilah juga wa'at nasional kita.
00:59Bahawa negara tidak akan meminggirkan mereka yang dihimpit kesusahan.
01:04Setiap anak Malaysia, apapun latar belakang, keluarga, wilayah atau kedudukannya, berhak melihat dan mencapai potensinya.
01:15Wa'at ini juga bukan janji sahalah.
01:17Negara menyediakan ruang dan peluang.
01:21Rakyat mengisinya dengan ilmu, kerja, daya cipta dan keberanian.
01:24Pemerintah menjaga amanah.
01:27Rakyat memperkukuh negara melalui usaha dan kecemerlangan.
01:31Ini adalah kewajipan sejarah.
01:34Sejarah tidak diukir hanya oleh nama-nama besar.
01:38Tetapi oleh jutaan manusia yang bekerja setiap hari.
01:42Mengajar, merawat, berniaga, mencipta, menggembur tanah, menjaga keluarga dan membina kehidupan.
01:51Lantas, ukuran belanjawan bukan pada tebalnya dokumen.
01:57Besarnya peruntukan atau banyaknya pengumuman.
02:00Ukurannya malah jauh lebih asas.
02:03Yang ini, adakah lebih ramai rakyat dapat hidup dengan bermaruah?
02:07Apakah Malaysia yang kita serahkan kelak kepada generasi seterusnya, lebih adil daripada Malaysia yang kita warisi?
02:14Maka, dengan ini saya hamparkan Belanjawan Madani 2027 sebagai ikhtiar sebuah generasi
02:23untuk memperkukuh tatanan dan memenuhi janji dan wa'at nasional masa depan.

Recommended