Skip to playerSkip to main content
Kira-kira 600,000 pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing bakal menikmati peningkatan pendapatan bersih serta perlindungan kebajikan menerusi pakej bernilai RM160 juta yang akan dilaksanakan mulai 2027.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pakej yang dibiayai bersama oleh kerajaan dan Grab itu merangkumi peningkatan kadar pendapatan minimum, bantuan kos penyelenggaraan kenderaan, insurans serta caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

#SinarHarian
#Belanjawan2027
#SuaraRakyat
#Bajet2027
#AnwarIbrahim
#EkonomiMADANI
#MalaysiaMADANI

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pekerja GIK sekarang ini dah mencecah 600 ribu rakyat e-hailing, p-hailing.
00:08Kerajaan Madandi akan membela nasib pekerja dengan perlindungan yang lebih menyeluruh.
00:16Majlis Perlindungan GIK sedang menetapkan kadar pendapatan minimum, formula pendapatan serta standar minimum perlindungan sosial bagi pekerja GIK yang akan
00:26dimuktamadkan pada awal tahun 2027.
00:30Mementara itu, kerajaan dan pihak Grab bersetuju untuk membiayai bersama satu pakej bernilai RM160 juta bertujuan untuk meningkatkan pendapatan bersih
00:42dan menambah baik kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing bermula awal 2027.
00:52Pakej ini meliputi peningkatan kadar pendapatan minima bagi pekerja e-hailing dan p-hailing, bantuan kos penyelenggaraan kenderaan dan insurans
01:03serta caruman perkeso.
01:05Ini bermakna pendapatan bersih untuk memandu e-hailing pada tahap median dijangka meningkat sehingga RM227 sebulan.
01:17Dari pendapatan yang ada sekarang, penambahan, manakala pendapatan pengantar p-hailing meningkat sehingga RM100 sebulan.
01:26Kerajaan bersetuju menawarkan insentif caruman padanan perkeso 35% kepada pekerja e-hailing dan p-hailing.
01:33Insentif akan ditingkatkan kepada 50% sekiranya syarikat pada platform turut menanggung caruman untuk pekerja.
01:41Terima kasih kerana menonton!

Recommended