Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Seorang wanita Palestin terbunuh manakala suami dan dua anaknya cedera selepas bedilan artileri Israel mengenai khemah mereka di Bandar Gaza.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ketika laporan antarabangsa, seorang wanita Palestine maut manakala suami dan dua anaknya cedera dalam berdilan artileri Israel yang mengenai kemah
00:09mereka di barat laut bandar Gaza.
00:12Menurut sumber perubatan, mangsa yang terkorban dikenalpasti sebagai ahlam mubarak berusia 30 tahun.
00:21Serangan itu berlaku berhampiran Stadium Olimpik di kawasan Amir Project manakala suaminya dilaporkan berada dalam keadaan parah.
00:29Mangsa dan ahli keluarganya dibawa ke Hospital Al-Shifa untuk menerima rawatan.
00:35Insiden itu berlaku ketika mana dunia memperingati ulang tahun ketiga konflik Gaza yang bermula pada Oktober 2023.
00:42Dalam perkembangan berasingan, penduduk turut melaporkan kapal tentera laut Israel melepaskan tembakan dan berdilan ke perairan berhampiran pantai bandar Gaza.
00:51Di selatan Gaza pula, tentera Israel dilaporkan menjalankan operasi merobohkan bangunan dan struktur kediaman di kawasan timur Laut Han Yunis.
01:01Tindakan itu turut disertai tembakan secara sengit ke arah kawasan perumahan berhampiran.
01:07Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, pelanggaran genjatan senjata sejak Oktober 2025 telah meragut 1,467 nyawa rakyat Palestine dan mencederakan lebih
01:175,000 yang lain.
01:18Sejak konflik bermula pada Oktober 2023, lebih 74,000 rakyat Palestine dilaporkan terkorban manakala sebahagian besar infrastruktur di Gaza musnah.

Recommended