Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Lima warga India ditahan kerana disyaki menyeludup ketamin menggunakan beg diubah suai dengan upah RM1,000 seorang. Dadah bernilai RM1.92 juta dirampas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dengan upah kira-kira RM1,000 seorang sindiket dadah antarabangsa menggunakan pelancong warga India untuk menyeluduk Katamin ke Malaysia.
00:09Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Han berkata dadah itu disembunyikan dalam beg yang diubah suai
00:17sebelum dibawa masuk menerusi laluan udara.
00:21Taktik itu terbongkar selepas lima lelaki warga India ditahan menerusi Oplecoptera di sekitar Lembah Kelang pada September lalu.
00:30Kes semua suspek berusia antara 21 hingga 43 tahun.
00:34Kes ini unik di mana kita mengesan dadah dibawa masuk daripada Chennai India ke Malaysia.
00:42Di mana kesemua yang ditangkap ini adalah warga negara-negara berkaitan mereka telah melepasi lapangan terbang di Chennai
00:52dan juga melepasi lapangan terbang Kuala Lumpur dan telah keluar dan tangkapan semua dibuat di sekitar Kuala Lumpur.
01:02Empat serbuan dijalankan dengan rampasan 38.33 kg Katamin dan sejumlah kecil bunga ganja bernilai keseluruhan 1.92 juta ringgit.
01:13Siasatan mendapati sedikit yang dipercayai aktif sejak Mac lalu itu menggunakan individu yang memasuki Malaysia sebagai pelancong dengan paslawatan sosial.
01:23Dadah berkenaan dipercayai untuk edaran pasaran tempatan.
01:27Kesemua lima suspek sudah didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 6 Oktober lalu.

Recommended