Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan meneliti cadangan memperkukuh kerjasama dengan Indonesia termasuk melalui Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) dalam usaha mencegah dan mengawal kebakaran hutan dan tanah.
Transcript
00:00Kementerian Peladangan dan Komoditi KPK akan meneliti cadangan memperkukuh kerjasama dengan Indonesia termasuk melalui Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit
00:11CPOPC dalam usaha mencegah dan mengawal kebakaran hutan dan tanah.
00:17Dalam kenyataan pada Jumaat, Kementerian itu memaklumkan kerjasama berkenaan boleh merangkumi perkongsian maklumat serta usaha pencegahan dan pengawalan kebakaran di
00:26Kalimantan, susulan laporan yang mengaitkan syarikat peladangan Malaysia dengan kejadian kebakaran hutan dan tanah di Indonesia.
00:36Menurut KPK, pihaknya memandang serius laporan Greenpeace dan pantau gambut berhubung perkara itu termasuk kebimbangan terhadap kesannya kepada kesihatan awam
00:46dan alam sekitar.
00:47Jelas kenyataan itu, KPK melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia, MPOB, telah mengadakan sesi libat urus dengan enam syarikat Malaysia pada
00:5610 September lalu bagi mendapatkan maklumat mengenai situasi kebakaran serta langkah pencegahan dan pengawalan di kawasan operasi masing-masing.
01:06Menurut Kementerian itu, maklum balas bekala turut diperoleh bagi mengikuti perkembangan semasa.
01:12Berhubung laporan yang mengaitkan PT Menteng Jaya Sawit Perdana PTMJSP anak syarikat Kuala Lumpur Kepung Berhad, KLK dengan kebakaran berkenaan,
01:23KPK berkata pihaknya telah mengambil maklum penjelasan rasmi KLK bertarik 6 Oktober.
01:28Menurut KLK PTMJSP mengamalkan dasar sifar pembakaran dan tidak menjalankan aktiviti penanaman semula.
01:38Manakala majoriti kebakaran yang berlaku juga dikatakan berpunca dari luar kawasan konsesi.
01:44KLK turut memaklumkan langkah pencegahan dan pengawalan kebakaran turut dilaksanakan.
01:50KPK juga menegaskan syarikat Malaysia yang beroperasi di luar negara hendaklah mematuhi Undang-Undang Negara Berkenaan serta melaksanakan langkah pencegahan
02:00dan pengawalan kebakaran secara berkesan termasuk menangani risiko api meribat di kawasan sekitar.
02:07Dalam hal ini, Kementerian itu memaklumkan MPOB akan terus mengikuti perkembangan semasa dan mendapatkan maklumat terkini daripada syarikat Malaysia yang
02:17beroperasi di Kalimantan.
02:19KPK turut menegaskan komitmennya untuk memastikan industri sawit beroperasi secara mampan dan bertanggungjawab dengan mengutamakan kesihatan awam dan melindungi alam
02:30sekitar.

Recommended