00:00Selain itu, Indonesia kenal pasti 198 suspek individu dalam siasatan KIS Kebakaran Hutan dan Tanah
00:07selain memproses 97 laporan polis melibatkan syarikat.
00:11Kedutan Besar Republik Indonesia KBRI di Kuala Lumpur dalam kenyataan pada Jumat memaklumkan
00:17ia sebagai sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan undang-undang
00:20bagi menangani kebakaran yang turut menyebabkan jerebu di Malaysia.
00:27Kenyataan itu menambah Polis Republik Indonesia mengendalikan 247 laporan polis
00:34melibatkan individu manakala Kementerian Alam Sekitar Indonesia
00:38merekodkan 57 entiti perniagaan dengan kawasan konsesi yang terbakar di 8 wilayah.
00:44Kawasan konsesi yang terbakar itu meliputi 33,514.01 hektare
00:51melibatkan 16 entiti perniagaan di Sumatera
00:54dengan keluasan 3,813.85 hektare
00:59dan 41 di Kalimantan
01:01meliputi 29,716 hektare.
01:06Kementerian Kehutanan Indonesia turut mengenakan tindakan pentadbiran terhadap 26 pihak
01:12merangkumi pembatalan 5 permit peniagaan,
01:15penggantungan 13 permit
01:17serta 8 amaran bertulis atau arahan pemulihan.
01:20Sebanyak 46 suspek undang-undang juga dilaporkan terlibat dalam pengendalian kes jenayah
01:28dengan 17 berada pada peringkat siasatan awal
01:31dan 27 lagi pada peringkat penyiasatan
01:34termasuk 5 syarikat dan 22 individu.
01:37Selain itu, tambah kenyataan tersebut,
01:40Kerajaan Indonesia terus mempergiat operasi pemadaman kebakaran hutan dan tanah
01:45untuk meminumumkan kesan jerebu rentas sempadan.
01:49Katanya Kerajaan Indonesia menggerakkan anggota tentera,
01:53polis, pasukan pemadam kebakaran hutan,
01:55agensi pengurusan bencana serta sukarelawan masyarakat.
01:59Selain itu, operasi modifikasi cuaca waterbombing
02:04dan pembasahan semula tanah gambut
02:06dan penyediaan tanah tanpa pembakaran juga dilaksanakan untuk tujuan itu.
02:12KBRI berkata Indonesia mengalung-alukan usaha memperkukuh kerjasama dengan Malaysia
02:17dan negara sahabat dalam menangani kebakaran hutan dan tanah
02:21serta jerebu rentas sempadan.
02:23Perwakilan Indonesia di Malaysia juga akan terus membantu
02:27melancarkan komunikasi dan pertukaran maklumat
02:30berkaitan usaha menangani kebakaran berkenaan.