00:00Selepas ini, Belanjawan 2027 di bawah Agenda Malaysia Madani mencerminkan peralihan terancang kerajaan dalam mengimbangi sokongan ekonomi jangka pindik dengan
00:09kemampanan jangka panjang demi memastikan kemakmuran bersama negara.
00:14Ketua Perawak Eksekretif Kumpulan CIMB, Novan Amiruddin berkata, langkah pembaharuan yang diambil kerajaan adalah berpaksikan kepada prinsip bahawa tanggungjawab fiskal
00:24dan kesihatan rakyat mesti bergerak seiring.
00:30Menurut beliau, agenda reformasi itu secara jelas berusaha untuk menaikkan siling dan meningkatkan lantai ekonomi secara menyeluruh.
00:38Pada masa sama, usaha meningkatkan lantai pula memastikan pertumbuhan diterjemahkan kepada peluang yang lebih baik, perlindungan sosial lebih kukuh dan
00:47peningkatan taraf hidup untuk segenap lapisan rakyat.
00:50Mengenai konsolidasi fiskal, Novan berkata sasaran tersebut telah dicapai melalui rasionalisasi subsidi bersasar, asas hasil lebih luas dan progresif, takbir
01:01urus lebih baik serta pengurusan ketirisan.
01:05Langkah itu bagaimanapun tetap diimbangi dengan pemberian bantuan sosial bagi mengurangkan beban isi rumah yang rentan.
01:11Katanya reformasi struktur kini semakin menumpukan kepada kecukupan persaraan, pelindungan sosial, pembangunan kemahiran, peningkatan produktiviti dan penaik tarafan ekonomi.
01:23Bagi sektor pembangkan pula, CIMB melihat pembaharuan ini mampu mewujudkan persekitaran makroekonomi yang lebih stabil,
01:31memperkukuh keyakinan pelabur dan menyokong daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama.
01:37Ia sekaligus membuka peluang besar untuk menggembling modal ke arah kawasan keutamaan, termasuk penaik tarafan industri, infrastruktur, peralihan tenaga, inovasi
01:48dan keterangkuman kewangan.