Skip to playerSkip to main content
  • 5 weeks ago
Murid-murid asrama disarankan untuk terus kekal berada di asrama sepanjang tempoh penutupan sekolah akibat jerebu, selagi keadaan selamat dan kebajikan murid terjamin, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Murid-murid asrama disarankan untuk terus kekal berada di asrama sepanjang tempoh penutupan sekolah akibat jerebu selagi keadaan selamat dan
00:09kebajikan murid terjamin.
00:10Menurut Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadlina Siddiq, langkah berkenaan disyorkan bagi mengelakkan ibu bapa terbeban dengan urusan logistik untuk mengambil
00:19dan menghantar anak berulang kali sepanjang tempoh penutupan berulang.
00:24Dalam benda itu, Fadlina berkata beliau memahami keresahan ibu bapa dan telah meminta agar keputusan penutupan sekolah dimaklumkan seawal mungkin
00:32bagi memberi ruang kepada ibu bapa membuat persediaan.
00:36Walaubagaimanapun, beliau menjelaskan bacaan indeks pencemaran udara, IPU boleh berubah mengikut masa delokasi dan penutupan sekolah perlu mengambil kira keadaan
00:44semasa di setiap kawasan.
00:45Jelas beliau, pengurusan jerebu juga melibatkan tanggungjawab yang lebih luas dan Jabatan Alam Sekitar berperanan memantau kualiti udara dan menengani
00:53isu pencemaran manakala Kementerian Kesihatan Malaysia memberikan panduan berkaitan risiko kesihatan kepada masyarakat.
01:00KPM pula katanya memberi tumpuan kepada keselamatan murid dan pengurusan operasi sekolah berdasarkan keadaan semasa.
01:06Fadlina berkata pengalaman COVID-19 juga mengajar betapa besarnya kesan gangguan persekolahan terhadap pembelajaran anak-anak justru usaha menengani keciciran
01:16pembelajaran masih diteruskan terutamanya apabila kemudahan pengajaran dan pembelajaran di rumah PDPR tidak sama bagi setiap murid.

Recommended