00:00Tenaga ini sangat tinggi kerana pusat data memerlukan elektrik sepanjang masa, kilang memerlukan bekalan yang pasti, keluarga memerlukan bil yang
00:10mampu dibayar.
00:12Keselamatan tenaga ialah keselamatan negara.
00:16Saya menyambut baik pelaburan 15 bilion oleh TNB untuk memperkukuh grid di samping penyimpanan tenaga dan kerjasama ASEAN Power Grid.
00:24Petra dan Surahan Zaya Tenaga perlu memastikan pelabur pusat data menanggung kos tambahan projek mereka secara adil.
00:31Isi rumah dan perusahaan kecil tidak wajar memikul beban tidak sepadan.
00:37Saya rasa yang paling penting di sini yang saya nak sampaikan adalah, Malaysia berdepan dengan satu kesukaran.
00:45Perang di Asia Barat yang berlanjutan terus menerus menyekat selat hormus dan di bab al-mandat.
00:50Dan terus menerus kekalkan harga minyak dan harga logistik kekal tinggi.
00:56Kita juga sedang menikmati boom data center kerana dunia sedang menyaksikan boom AI di peringkat dunia.
01:03Malaysia menjadi tumpuan hyperscalers maupun pengusaha dan pembangun data center kerana kedudukan dan pendirian geopolitik dan geostrategik kita yang stabil
01:11dan hebat.
01:12Tapi kesemua ini membuat energi demand kita naik melonjak.
01:15Yang secara langsung dan tidak langsung memberi tekanan kepada perbelanjaan kerajaan dan rakyat dalam kos elektrik yang kian hari, kian
01:24berat, makin hari, makin meningkat.
01:26Soalan strategik bagi solusi jangka panjang, long horizon solution, memerlukan jawapan yang sangat segera.
01:33Selain meletak syarat kepada pembangunan dan pengusaha data center, kita perlu jawab soalan di mana kita nak dapat energi yang
01:45meets the demand.
01:46Saya menyokong Malaysia mempersiapkan penggunaan nuklear, termasuk menilai reactor modular kecil terapung atau floating SMA, small module reactor, sebagai kemungkinan
01:56pilihan peralihan dan langkah yang membawa kepada keadilan transisi tenaga, energy transitional justice.
02:05Persediaan negara melalui floating SMA dan pembinaan reaktor berskala besar ialah dua keputusan yang berbeza.
02:17Saya mencadangkan Petra, Mosti dan agensi berkaitan menyiapkan penilaian awal teknikal, ekonomi dan perundangan dalam tempoh 12 bulan.
02:26Bandingkan pilihan berdasarkan keselamatan, kos panjang hayat dan keperluan bekalan.
02:31Keselamatan laut, kecemasan bahan api tempat atas, spent nuclear fuel, sisa dan penyah taulian atau decommissioning mesti dijawab.
02:39Pengawal selia mesti berkeupayaan dan bebas, tapi pokoknya kita perlu ada langkah transisi, menjelang keputusan muktamad sama ada untuk membina
02:49logi reaktor tetap atau tidak pada tahun 2031.
02:53Kita perlu percepatkan persediaan, kekalkan ketelitian keselamatan dan kita mesti memiliki kepakaran untuk membuat keputusan kita sendiri.