00:00Iran pada Isnin memaklumkan pihaknya sedang meneliti cadangan Amerika Syarikat untuk mengadakan rundingan.
00:07Jurucakap Kementerian Luar Iran, Ismail Baghai bagaimanapun berkata,
00:11perasyarat ditetapkan Iran perlu dipatuhi sebelum sebarang rundingan diadakan.
00:31Tambah beliau, Pakistan dan Qatar terus memainkan peranan sebagai pengantara antara Iran dan Amerika.
00:38Katanya lagi, Rusia juga terus memainkan peranan konstruktif berhubung isu nuklear Iran
00:43sambil merujuk kepada penglibatan Moskow dalam perjanjian nuklear 2015.
00:48Beliau berkata hubungan Iran dan Rusia berasaskan kepercayaan bersama
00:52dan Teheran mengalu-alukan usaha sokongan daripada negara sahabat.
00:56Namun pada masa sama menegaskan secara teknikal dan tepatnya,
01:00peranan sebagai pengantara antara Iran dan Amerika masih dikendalikan negara seperti Pakistan dan Qatar.
01:08Mengenai Selat Hormuz, Baghai berkata,
01:10perkembangan di kawasan itu merupakan kesan langsung daripada serangan Amerika dan Israel terhadap Iran.
01:16Beliau menolak dawaan tindakan Teheran bertujuan meningkatkan kuasa tawamenawanya dalam rundingan.
01:22Baghai juga menolak dawaan Amerika bahawa Iran telah kehilangan pengaruhnya
01:27sambil menegaskan dawaan itu tidak mencerminkan keadaan sebenar di lapangan.