00:00Organisasi di negara ini digesa memperkukuh sistem takbiurus dan kawalan dalaman bagi mencegah rasuah secara proaktif tanpa bergantung sepenuhnya kepada
00:08suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia, SPRM.
00:12Presiden Pertubuhan Integriti dan Anti-Rasuah Malaysia, Intras, Datuk Mohd Fauzi Husin berkata, rasuah bukan sahaja berpunca daripada ketamakan individu,
00:21malah boleh berlaku akibat kelemahan sistem dan kawalan organisasi.
00:27Menurutnya, kuasa yang tidak dikawal, keputusan yang tidak disemak, konflik kepentingan yang dibiarkan dan proses kerja yang tidak telus menjadi
00:35antara faktor yang membuka ruang kepada penyalahgunaan.
00:38Beliau berkata usaha memerangi rasuah tidak boleh tertumpu kepada penangkapan dan hukuman semata-mata tanpa memperbaiki kelemahan sistem yang menjadi
00:46punca berlakunya salah laku.
00:48Selain itu, Mohd Fauzi menjelaskan usaha pencegahan perlu dilaksanakan melalui tiga lapisan iaitu mengenalpasti risiko dan menutup ruang sebelum berlaku
00:57penyelewengan,
00:58mengesan tanda awal melalui audit dan pemantauan serta mengambil tindakan berdasarkan undang-undang apabila wujud bukti salah laku.
01:05Beliau turut menegaskan bahawa setiap kes rasuah perlu dijadikan asas penilaian kendiri bagi mengenalpasti kelemahan kawalan serta amaran awal yang
01:13gagal ditangani.
01:14Menurutnya lembaga pengarah perlu memainkan peranan semak dan imbang manakala pengurusan tertinggi bertanggungjawab membina budaya integriti dalam organisasi.
01:23Tambahnya audit integriti juga wajar dijadikan mekanisme pencegahan dan amaran awal khususnya di agensi kerajaan, badan berkanun dan syarikat berkaitan
01:32kerajaan.
01:33Beliau juga menegaskan keberkesanan usaha membanteras rasuah bukan hanya diukur melalui jumlah tangkapan tetapi berdasarkan kejayaan menutup ruang rasuah dan
01:42melindungi wang awam daripada ketirisan.